Wednesday, March 18, 2009

Rich DAd PooR DaD

Rich Dad, Poor Dad

Seperti yang diceritakan oleh Robert Kiyosaki

Saya mempunyai dua ayah, yang satu kaya dan yang satu miskin. Yang satuberpendidikan tinggi dan bijak; dia mempunyai ijazah Ph.D. serta telah menyelesaikanempat tahun pendidikan sarjananya hanya dalam masa kurang dari dua tahun.
Kemudian dia melanjutkan pengajiannya ke Stanford University, University ofChicago, dan Northwestern University, semuanya dengan biasiswa penuh. Ayah yangsatu lagi tidak tamat pun pendidikan sekolah menengahnya.

Kedua ayah saya itu berjaya dalam kerjaya mereka, bekerja keras sepanjang hidupmereka. Kedua-duanya memperolehi pendapatan yang besar. Tapi yang satu bergelutdalam kewangan sepanjang hidupnya. Sedang yang satu lagi menjadi salah seorangyang terkaya di Hawaii. Yang satu mati meninggalkan puluhan juta dolar untukkeluarganya, badan kebajikan dan gerejanya. Yang satu lagi meninggalkan banyakhutang untuk dibayar.

Kedua lelaki itu kuat, berkarisma, dan berpengaruh. Keduanya memberi sayanasihat, tetapi nasihat mereka tidaklah serupa, malah saling bertentangan. Keduaduanya
sangat mempercayai pendidikan tetapi tidak mengesyorkan bidang pendidikan
yang sama.

Sekiranya saya hanya mempunyai seorang ayah, saya mesti menerima atau menolaknasihatnya. Mempunyai dua orang ayah yang memberi nasihat, menawarkan kepadasaya pilihan sudut pandang yang berbeza; satu dan lelaki yang kaya dan satu lagi danlelaki yang miskin.

Ternyata saya tidak sekadar menerima atau menolak yang satu atau yang lain, tetapisaya berfikir lebih jauh, membanding-bandingkan dan kemudian memilih untuk dirisaya sendiri.

Masalahnya adalah, ayah yang kaya belum lagi kaya dan ayah yang miskin tidakpun miskin. Keduanya baru saja memulai kerjaya mereka, dan keduanya bertungkuslumus
dalam soal wang dan keluarga. Tetapi mereka mempunyai pandangan yangberbeza tentang masalah wang.

Misalnya, satu ayah akan mengatakan, “Cintakan wang adalah punca segalakejahatan.” Yang satu lagi mengatakan, “Kekurangan wang adalah punca segalakejahatan.”

Sebagai anak muda, mempunyai dua ayah yang kuat dan berpengaruh pada sayabukanlah perkara mudah. Saya ingin menjadi anak yang baik dan mendengar kata,
tetapi kedua-dua ayah itu tidak memperkatakan perkara yang sama. Perbezaan
pandangan mereka, terutama bila bersabit soal wang, begitu ekstrim sehingga

11


menumbuhkan rasa ingin tahu yang besar. Saya mulai berfikir dalam jangka waktuyang lama tentang apa yang dikatakan oleh mereka masing-masing.

Banyak waktu peribadi saya dihabiskan untuk berfikir, bertanyakan diri sendiri,
“Mengapa ayah berkata begitu?” dan kemudian bertanyakan soalan yang sama
terhadap ucapan ayah yang satu lagi. Adalah jauh lebih mudah untuk mengatakan,
“Ya, dia benar. Saya setuju dengan itu.” Atau menolak sudut pandangnya denganmengatakan, “Orang tua tidak tahu apa-apa yang dia katakan.” Sebaliknya,
mempunyai dua ayah yang saya cintai memaksa saya untuk berfikir dan akhirnyamemilih suatu cara berfikir saya sendiri. Sebagai satu proses, memilih untuk diri sayajauh lebih berharga untuk jangka panjang, berbanding cuma menerima atau menolaksatu-satu sudut pandangan.

Salah satu sebab orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin, dan kelasmenengah terperangkap dengan masalah hutang ialah kerana subjek wang diajarkan dirumah, dan tidak di sekolah. Kebanyakan kita belajar soal wang daripada ibu bapa kita.
Jadi, apakah yang dapat diajar oleh ibu bapa yang miskin kepada anak-anak merekamengenai wang? Mereka hanya mengatakan, “Teruslah bersekolah dan belajarlahbersungguh-sungguh.”. Si anak mungkin lulus dengan cemerlang tetapi dengan setminda
dan program kewangan orang miskin. Perkara ini telah dipelajari ketika merekamasih muda lagi.

Subjek wang tidak diajar di sekolah. Sekolah memfokus kepada kemahiran sarjanadan kemahiran profesional, bukan kepada soal kemahiran kewangan. Perkara ini
menjelaskan bagaimana para banker, doktor, dan akauntan yang pandai dan mendapatgred cemerlang di sekolah masih terus bergelut dalam soal wang sepanjang hidupmereka. Hutang negara kita yang menggunung, sebahagian besarnya disebabkan olehpara ahli politik dan pegawai kerajaan yang berpendidikan tinggi membuat keputusansoal kewangan dengan sedikit atau tanpa latihan sama sekali mengenai subjek wang.

Saya sering memandang ke depan, ke milineum baru, dan tertanya-tanya apa yangakan terjadi apabila kita mempunyai jutaan orang yang memerlukan bantuankewangan dan perubatan. Mereka akan bergantung pada keluarga mereka ataukerajaan untuk mendapatkan sokongan kewangan. Apa yang akan terjadi bila JaminanPerubatan dan Sosial kehabisan wang? Bagaimana sesebuah bangsa boleh bertahan jikasoal mengajar anak-anak mengenai wang terus diserahkan pada ibu bapa saja - yangkebanyakannya menjadi, atau sudah pun miskin?

Disebabkan saya mempunyai dua ayah yang berpengaruh, saya belajar dari merekaberdua. Saya mesti memikirkan nasihat setiap ayah, dan dalam melakukan hal ini, sayamemperolehi wawasan berharga tentang kuasa dan kesan fikiran seseorang terhadaporang lain. Misalnya, ayah yang satu mempunyai tabiat untuk berkata, “Saya tidakmampu mendapatkannya”. Ayah satu lagi melarang penggunaan perkataan begitu. Diamendesak saya untuk berkata, “Bagaimana saya boleh mendapatkannya?” Yang satuialah pernyataan, yang satu lagi ialah pertanyaan. Yang satu melepaskan anda darikesusahan, yang satu lagi memaksa anda untuk berfikir. Ayah saya yang-kemudianmenjadi-
kaya akan menerangkan bahawa secara automatik apabila mengucapkanperkataan, “Saya tidak mampu membelinya,” otak anda akan berhenti bekerja.
Sebaliknya, dengan mengajukan pertanyaan, “Bagaimana saya boleh membelinya?”

12


otak anda perlu bekerja. Yang dia maksudkan bukanlah membeli segala sesuatu yanganda inginkan. Dia fanatik dalam melatih minda anda, iaitu komputer paling hebat didunia. “Otak saya semakin kuat setiap hari kerana saya melatihnya. Semakin kuat otaksaya, semakin banyak wang yang saya perolehi.” Dia percaya bahawa secara automatikapabila mengatakan, “Saya tidak mampu membelinya” ialah satu tanda kemalasanmental.

Sungguhpun kedua-dua ayah saya bekerja keras, saya perhatikan ayah yang satumempunyai tabiat menidurkan otaknya bila tiba pada urusan wang, sementara yangsatu lagi mempunyai tabiat melatih otaknya. Hasil jangka panjangnya ialah ayah yangsatu ini tumbuh lebih kuat secara kewangan dan yang satu lagi lebih lemah. Ini tidakjauh berbeza dengan orang yang pergi ke gimnasium untuk bersenam secara rutinberbanding dengan seseorang yang setiap hari duduk di sofa menonton tv. Latihanjasmani yang sesuai meningkatkan peluang anda untuk sihat, dan latihan mental yangsesuai meningkatkan peluang kekayaan anda. Kemalasan menyusutkan baik kesihatanmaupun kekayaan.

Kedua-dua ayah saya mempunyai sikap yang bertentangan dalam cara berfikir.
Seorang ayah berfikir bahawa orang kaya mesti membayar cukai lebih banyak untukmembantu dan memelihara mereka yang kurang bernasib baik. Yang seorang lagiberkata, “Cukai itu mendenda mereka yang menghasilkan sesuatu dan memberiganjaran kepada mereka yang tidak menghasilkan sesuatu.”

Seorang ayah mengesyorkan, “Belajarlah bersungguh-sungguh sehingga kamudapat menemui sebuah syarikat yang baik untuk bekerja.” Seorang lagi mengesyorkan,
“Belajarlah bersungguh-sungguh sehingga kamu menemui sebuah syarikat yang baikuntuk kamu beli.”

Yang satu mengatakan, “Sebab ayah tidak kaya kerana ayah mempunyai kamu,
nak.”. Yang satu lagi mengatakan, “Sebab ayah menjadi kaya kerana ayah mempunyaikamu, nak.”.

Yang satu menggalakkan bercakap mengenai wang dan perniagaan di meja makan.
Yang satu lagi melarang keras bercakap mengenai wang pada waktu makan.

Yang satu berkata, “Apabila berkaitan dengan wang, buatlah cara selamat, janganambil risiko.” Yang satu lagi mengatakan, “Belajarlah menguruskan risiko”.

Yang satu percaya, “Rumah kita adalah pelaburan terbesar kita dan juga aset terbesarkita.”. Yang satu lagi percaya, “Rumah saya adalah liabiliti atau bebanan. Dan jikarumah kamu adalah pelaburan kamu yang terbesar, kamu sedang menghadapimasalah.”.

Kedua-dua ayah saya membayar bil dalam waktunya, tetapi yang satu membayarbilnya terlebih dahulu, manakala yang satu lagi membayar bilnya terkemudian.

Yang satu percaya bahawa syarikat atau kerajaan akan mengambil berat terhadap andadan keperluan anda. Dia sentiasa menitik-beratkan soal kenaikan gaji, plan pencen,
kemudahan perubatan, cuti sakit, hari cuti, dan pelbagai kelebihan lain lagi. Dia

13


terpengaruh dengan dua bapa saudaranya yang memasuki tentera dan memperolehiganjaran pencen dan pelbagai faedah lainnya setelah dua puluh tahun aktifberkhidmat.. Dia menyukai idea faedah perubatan dan pelbagai keistimewaan khususyang disediakan oleh tentera untuk pesaranya. Dia juga suka dengan sistem tempohmemegang jawatan yang disediakan oleh universiti. Kadangkala, idea perlindungankerja untuk hayat dan faedah kerja kelihatan lebih penting berbanding pekerjaan itusendiri. Dia selalu mengatakan, “Saya telah bekerja keras untuk kerajaan, saya berhakuntuk mendapat faedah itu.”

Yang satu lagi percaya pada sikap kemandirian penuh dalam urusan kewangan. Dialantang menentang mentaliti “hak” dan cara perkara itu melahirkan masyarakat yanglemah dan miskin secara kewangan. Dia sangat tegas dalam soal menjadi pesaingsecara kewangan.

Seorang ayah bergelut untuk menabung beberapa dolar. Sedangkan yang seorang lagisibuk menciptakan pelaburan.

Yang satu mengajar saya bagaimana menulis resume yang berkesan sehingga saya bolehmendapatkan pekerjaan yang baik. Yang satu lagi mengajar saya cara menulis pelanbisnes dan kewangan yang kuat, supaya saya dapat mencipta pekerjaan.

Menjadi produk dua ayah yang kuat dan berpengaruh memberi saya kesempatan yangmewah untuk mengamati pengaruh fikiran yang berbeza ke atas hidup seseorang. Sayatelah menyedari bahawa manusia benar-benar membentuk hidup mereka melaluifikiran mereka.

Contohnya, ayah miskin selalu berkata, “Saya tidak akan menjadi kaya.” Dan ramalanitu menjadi kenyataan. Ayah kaya, sebaliknya, selalu menunjukkan dirinya sebagaiorang yang kaya. Dia akan mengatakan sesuatu seperti, “Saya orang kaya, dan orangkaya tidak melakukan perkara ini.” Bahkan ketika dia benar-benar bangkrap akibatmenderita kemerosotan kewangan yang hebat, dia terus mempamerkan dirinya sebagaiorang yang kaya. Dia akan menutup dirinya dengan mengatakan, “Ada perbezaanantara menjadi miskin dan menjadi bangkrap. Bangkrap adalah untuk sementarawaktu, dan miskin adalah untuk selama-lamanya.”

Ayah miskin saya juga akan mengatakan, “Saya tidak tertarik pada wang,” atau “Wangtidak menjadi hal yang penting.” Ayah kaya saya sentiasa mengatakan, “Wang adalahkekuasaan.”

Kekuatan fikiran kita mungkin tidak pernah diukur atau dihargai, tetapi jelas bagi sayasebagai anak yang masih muda untuk menyedari fikiran saya dan bagaimana sayamenggambarkan diri saya. Saya perhatikan ayah miskin saya adalah miskin bukankerana jumlah wang yang dia dapat - yang sememangnya besar, tetapi kerana fikirandan tindakannya. Sebagai anak muda, dan mempunyai dua ayah, saya menjadi benarbenar
sedar untuk berhati-hati memilih fikiran -fikiran mana yang akan saya ambilsebagai fikiran saya sendiri. Siapa yang mesti saya dengar - ayah kaya atau ayah miskinsaya ?

Walaupun keduanya mempunyai hormat yang teramat tinggi terhadap pendidikan dan

14


pembelajaran, mereka tidak sepakat dalam apa yang mereka fikir penting untukdipelajari.

Yang satu mahu saya belajar bertungkus-lumus, memperolehi ijazah, dan mendapatpekerjaan yang baik untuk menghasilkan wang. Dia mahukan saya belajar untukmenjadi seorang professional, seorang peguam atau akauntan ataupun melanjutkanpelajaran ke fakulti perniagaan untuk MBA saya. Yang satu lagi mendorong saya untukbelajar menjadi kaya, memahami bagaimana wang bekerja dan belajar bagaimanamenjadikannya bekerja untuk saya. Ungkapan "Saya tidak bekerja untuk wang"
merupakan suatu yang selalu diulang-ulanginya, "bahkan wang bekerja untuk saya!"

Pada usia 9 tahun, saya memutuskan untuk mendengar dan belajar daripada ayahkaya saya tentang wang. Justeru itu, saya memilih untuk tidak mendengar daripadaayah miskin saya, walaupun dia mempunyai ijazah yang berjela.

Sebuah Pelajaran dari Robert Frost

Robert Frost adalah penyair kesukaan saya. Sekalipun saya rnenyukai banyak puisinya, yang
jadi tumpuan saya adalah The Road Not Taken. Saya rnenggunakan pelajarannya hampir setiap
hari.

Jalan Yang Tidak Kutempuhi

Dua jalan bercabang dalam hutan kuning,
Dan sayangnya aku tidak boleh menempuhi keduanya
Dan sebagai pengernbara, aku berdiri lama
Dan memandang ke satu jalan sejauh saujana
Ke mana ianya bengkok di semak belukar;


Kemudian lihat yang satu lagi, sama baiknya,
Dan mungkin lebih bagus,
Kerana jalan itu segar dan menarik
Meskipun kaki telah melewatinya
Terasa sama rerumputnya dilalui,


Dan pagi itu keduanya sama-sama terbentang
Di bawah hamparan dedaunan yang belum dinjak.
Oh, kusimpan jalan pertama di lain kali!
Meski kutahu semua jalan itu,
Aku ragu akan pernah kembali.


Aku akan menuturkannya sambil mengeluh
Suatu saat berabad-abad mendatang;
Dua jalan bercabang di hutan, dan aku—
Aku menempuh jalan yang jarang dilalui,
Dan itu mengubah segalanya.


Robert Frost [1916]

15


Dan ianya telah mengubah segalanya.

Selama bertahun-tahun, saya sering memikirkan puisi Robert Frost. Memilih untuktidak mendengarkan nasihat dan sikap ayah terpelajar saya tentang wang merupakansatu keputusan yang menyakitkan, tetapi itu adalah keputusan yang membentukkeseluruhan hidup saya.

Setelah saya memutuskan siapa yang patut saya dengar dan turuti, pendidikan sayatentang wang pun bermula. Ayah kaya saya mengajar saya selama 30 tahun, sehinggasaya berumur 39 tahun. Dia berhenti setelah menyedari bahawa saya sudahmengetahui dan memahami sepenuhnya apa yang telah dia cuba tanamkan ke dalamkepala saya yang sekeras batu ini.

Wang adalah satu bentuk kuasa. Tetapi suatu yang lebih berkuasa ialah pendidikankewangan. Wang boleh datang dan pergi, tetapi jika anda mempunyai pendidikantentang cara wang bekerja, anda mendapat kekuasaan ke atasnya dan boleh mulaimembangun kekayaan. Pemikiran positif sahaja tidak berjaya kerana kebanyakan oranghanya pergi ke sekolah dan tidak pernah belajar cara wang bekerja, sehingga merekamenghabiskan seumur hidup mereka untuk bekerja demi wang.

Disebabkan saya baru berusia 9 tahun ketika saya bermula, pelajaran yang diajarkanayah kaya saya ringkas saja. Dan ketika semua itu diperkatakan dan dilakukan, hanyaada enam pelajaran asas, yang diulangi melebihi 30 tahun. Buku ini membicarakanenam pelajaran tersebut, ditulis semudah mungkin seperti yang diajarkan ayah kayasaya pada saya. Pelajaran itu tidak bermaksud untuk menjadi jawapan tetapi panduan.
Panduan yang akan membantu anda dan anak-anak anda untuk tumbuh lebih kayadan lebih makmur, tanpa menghiraukan apa yang terjadi di dunia yang terus berubahdan penuh ketidakpastian ini.

16


Kuasa Pipeline – Burke Hedges

Tetapi Parlo tidak mudah patah semangat. Dia bersabar menerangkan pelan pipelinenya kepada
kawan karibnya. Parlo akan bekerja sebahagian daripada hari itu mengangkut baldi dan
sebahagian lagi daripada hari itu dan juga di hujung minggu membina pipelinenya.

Dia tahu kerjanya amat berat, menggali longkang di tanah yang berbatu. Malah beliau juga
sedar ianya akan mengambil masa setahun, mungkin dua tahun, sebelum pipelinenya mula
memberi hasil yang besar.

Tetapi Parlo percaya akan impiannya, dan beliau terus bekerja.

Daripada The Parable of the Pipeline

Ini adalah kisah dua kutub yang bertentangan – seorang pemain besbol yang masyhur dan
seorang guru tadika di sebuah bandar kecil.
Mereka berbeza – seorang itu lelaki muda dan seorang lagi wanita yang dah berumur. Seorang
itu dibayar berbilion setahun dan seorang lagi tak pernah mendapat upah lebih daripada $10,000.
Seorang itu menjalani kehidupan yang penuh dengan kegemilangan. Seorang lagi menjalani
kehidupan di sebuah bandar kecil di Massachusetts.


Tetapi ini hanyalah perbezaan yang kecil berbanding dengan pilihan peribadi dan kewangan
mereka. Kisah salah seorang daripada mereka yang akan anda baca telah membina pipelinepipelinenya
dan bersara sebagai jutawan. Seorang lagi itu kekal sebagai pengangkut baldi, dan
ketika saya menulis ini, beliau hampir muflis.


Kisah tersebut mengenai dua orang yang berbeza, tetapi itu tidak penting. Apa yang penting ialah
pilihan-pilihan yang mereka buat dan teladan yang anda pelajari daripada pilihan-pilihan itu.
Selepas anda mendengar dua kisah ini, amat jelas membina pipeline adalah hanya satu-satu cara
untuk untuk mencipta keselamatan dan kebebasan kewangan yang sebenar.


Pilihan-Pilihan Anda
= Kekecewaan / = Kebebasan


Balada Seorang Pemain Besbol


Mari kita mula dengan kisah seorang pemain besbol yang terkenal. Setelah beberapa tahun,
pemain berbakat ini telah membuat beberapa pilihan yang teruk, samada dari segi peribadi
mahupun kewangan.


Pilihan-pilihan peribadinya telah membawa kepada kehancuran rumah tangga, penyalahgunaan
alkohol, dan penangihan dadah. Itu sudahpun cukup teruk. Namun, pilihan-pilihan kewangannya
juga teruk, sebabnya beliau juga ketiadaan wang. Saya pasti anda pernah dengar kisah pemain
ini. Beliau hidup dalam kegemilangan selama hampir 20 tahun.


17


Namanya Darryl Strawberry. Kisah beliau adalah kisah peringatan tentang apa yang anda
TIDAK patut lakukan untuk mencapai kebebasan kewangan.

Darry Strawberry telah bermain besbol secara profesional hampir separuh usianya. Pemain yang
berusia 38 tahun ini telah memasuki liga-liga besar ketika beliau masih remaja dan terus dialualukan
ramai sebagai 'Ted Williams seterusnya."

Strawberry telah membuat kekayaan sepanjang kariernya – sekitar antara $2 dan $5 juta setahun.
Dan itu hanya dengan bermain besbol. Ditambah dengan beberapa juta setahun daripada bonus,
penampilan peribadi, ceramah, dan tandatangan autograf, dan beliau menghasilkan $50 hingga
$100 juta sebelum hari jadi ke-40 beliau.

Strawberries Tidak Bermain Selamanya

Lelaki yang membuat duit sebanyak itu telah berjaya dalam hidupnya bukan?
Salah.

Mengikut laporan akhbar tempatan, "Strawberries tidak mempunyai pendapatan dan simpanan
untuk menampung isteri barunya, Charisse, dan tiga anaknya… "

$100 juta dan tidak ada satu pun yang tinggal.

Apa dah jadi?

Dia membelanjakannya.

Rumah mahal. Kereta mahal. Para peguam yang mahal untuk mempertahankan pendapatannya
dengan undang-undang. Perceraian yang mahal. Pusat pemulihan dadah dan alkohol yang mahal.

Ketika saya menulis ini, Strawberries telah digantung daripada bermain besbol. Ini bermakna
beliau tidak ada pendapatan masuk. Yang masuk hanyalah bil-bil hutang. Dan ianya datang dari
hari ke hari, bulan ke bulan, macam hujan monsun.

Bagaimana nak jadi Jutawan Selamba

Kisah kedua mempunyai pengakhiran yang berbeza. Ianya kisah seorang guru sekolah di desa
bernama Margaret O'Donnell, dan ia membuktikan yang anda tidak perlu mengangkut baldi
besar untuk membina pipeline besar.

Puan O'Donnell mengajar di sekolah selama 50 tahun. Apabila dia bersara pada usia 70-an, dia
menghasilkan $8,500 setahun. Bila dia meninggal pada usia 100 tahun, beliau meninggalkan
hampir $2juta kepada 10 badan keabjikan berbeza, termasuk, gerejanya, sekolah yang
dihadirinya, dan kumpulan Pengakap.

18


Bagaimanakah seorang wanita yang berpendapatan kurang dari $10,000 setahun mengumpulkan
kekayaan yang kecil? Mudah sahaja. Dia membina satu pipeline pelaburan jangka panjang
dengan memasukkan pelaburan setiap bulan dalam saham bermutu dan membiarkan ianya
berganda mengikut masa.

Membina Pipeline Berjangka-Panjang

"Margaret menikmati saham" kata brokernya, Bob Wolanske. "Kali pertama saya menemui, dia
mencampakkan tiga kertas di atas meja saya dan berkata, "Apa yang saya patut buat dengan
benda ini?" merujuk kepada beberapa saham yang tidak lancar."

Setelah 20 tahun kemudian, potfolio Margaret berkembang temasuk pengumpulan saham-saham
cip biru, bond bebas-cukai, dan saham utiliti yang dia pegang sehingga dia mati. Dia jarang
menyentuh sebarang pelaburannya, membolehkan pipeline persaraannya untuk tumbuh tahun
demi tahun demi tahun.

Pengorbanan Kecil, Hasil Besar

Sekarang, sekiranya anda fikir bahawa Margaret jenis orang yang mengikat perut dan berkira
untuk belanja, anda mungkin silap. Dia kerap juga keluar makan bersama kawan-kawannya.
Memandu kereta model terbaru Buick. Dan kadang kala terbang ke Eropah menikmati percutian
yang panjang.

Dia tidak menafikan dirinya mengecapi keseronokan hidup. Tetapi dia selalu menunjukkan
disiplin dan mengawal perbelanjaannya. Dia menyimpan dan melabur setiap bulan, sekalipun
ketika bersara.

Nah, Margaret adalah contoh klasik pembina pipeline jangka panjang. Dia mula menabung dan
melabur dalam usia awal 20-an. Dan dia terus menerus begitu sehinggalah dia meninggal pada
usia 100 (sebagaimana anda akan belajar dalam bab berikutnya, pipeline akan tumbuh lebih
besar dan besar mengikut masa).

Menumbuhkan Pipeline Anda

Seperti Parlo, para pembina pipeline mungkin tidak mempamerkan usaha mereka tatkala
beberapa hari pertama atau bahkan bertahun-tahun. Tetapi dengan kelaziman, usaha yang
berdisiplin mengikut masa boleh mengubah sumbangan yang sedikit ke dalam dividen yang
besar.

19


Pipeline Sentiasa Mengepam Selepas Baldi Menjadi Kering

Sekarang adakah anda faham apa maksud saya bila saya memperkatakan tentang kuasa pipeline?
Darryl Strawberry telah mengangkut sebiji baldi yang besar selama bertahun-tahun. Dan apakah
yang dia boleh tunjuk pada hari ini? Tak ada apa-apa pun kecuali cek tendang yang berkotakkotak!


Strawberry sudah ada 20 tahun untuk membina pipeline. Sekiranya dia cuma ambil 10% dari
pendapatannya dan menjadikan wangnya bekerja dengan membina satu pipeline pelaburan dalam
pasaran saham, dia mungkin mempunyai lifeline bernilai antara $20 juta dan $100 juta sekrang
ini.

Tetapi dia tidak membuatnya.

Terlepas peluang

Tiada Pipeline Bermakna Pendapatan Berbaki

Strawberry menyangka baldi besarnya tidak akan menjadi kering. Tanggapan yang salah. Baldi
tidak mengisi diri sendiri secara automatik, tak kira sebesar mana ia sekalipun. Ini kerana
pengangkut baldi terpaksa menyeret baldi itu agar ianya terisi.

Apabila dia berhenti menyeret – samada melalui persaraan… atau sakit… atau cedera… atau
hangus… baldi mula mengering.

Pipeline, sebaliknya, terus mengepam keuntungan walaupun telah lama baldi menjadi kering.
Peraturan itu adalah benar bagi pengangkut baldi besar, sebagaimana ianya berlaku juga pada
pengangkut baldi kecil. Seperti saya telah kata, yang dikira bukanlah saiz baldi tersebut. Orang
yang mempunyai baldi besar lebih cenderung untuk menjadi orang yang suka berbelanja besar.
Kunci kebebasan kewangan ialah mengambil mentaliti membina pipeline – dan kemudian
melaksanakan pelan tersebut.

Model Baldi Besar
Baldi Besar + Perbelanjaan Besar = Aset yang sedikit

Semakin Kecil Baldi, Semakin Besar Keperluan Kepada Pipeline

Memiliki wang yang banyak tidak menjamin kebebasan kewangan. Hanya pipeline yang boleh
melakukannya. Jika anda tidak mengambil strategi pipeline, baldi anda akan perlahan-lahan
menjadi kering!

20


Saya memberitahu anda kisah Darry Strawberry untuk menguatkan lagi hujjah – iaitu , sekiranya
baldi yang sebesar Derry Strawberry boleh menjadi kering, bagaimana dengan baldi anda?


Fikirlah. Strawberry hidup daripada slip gaji ke slip gaji.
Bagaimana denga
Strawberry bertindak bagaikan hari-hari angkut-baldi beliau tidak akan berakhir.
Bagaimana dengan anda?
Strawberry dengan bodohnya telah membelanjakan wangnya dan membazir masa ketika dia
sepatutnya menggunakan wang itu secara bijak dengan membina lifeline.
Bagaimana dengan anda?


Bagaimana Dengan Anda


Memang, Strawberry telah membuat pilihan yang teruk yang menyebabkan beliau kehilangan
wang yang banyak. Namun, pilihan kewangan yang paling teruk ialah kegagalannya untuk
membina pipeline. Itu tidak boleh dimaafkan. Apa yang dia dah fikir, hah?


Margaret O'Donnell, sebaliknya, memiliki kebijaksanaan untuk membina pipeline ketika dia
masih mengangkut baldi. Apabila hari angkut-baldi dah berakhir, pipelinenya terus mengepam
dan wang tunai teus mengalir.


Inilah Giliran Anda Untuk Memilih


Sekarang saya bertanyakan anda, situasi kewangan yang manakah yang anda inginkan – Darryl
Strawberry kah? Atau Margaret O'Donnell? Sekiranya jawapan adalah Margaret O'Donnell,
maka anda perlu mula membina pipleline anda segera!


Pipeline adalah lifeline atau tali keselamatan kerana ianya berdikari. Ianya mungkin perlukan
keadaan yang terbaik dari semasa ke semasa. Dan membaikinya. Bahkan mungkin pembinaan
semula. Tetapi pipeline boleh sentiasa mengepam keuntungan tahun demi tahun.


Pilihan anda


"Pilihan anda, bukan peluang yang menentukan nasib anda"


Kedua-dua Darryl Strawberry dan Margaret O'Donnell telah membuat satu keputusan. Darryl
Strawberry memilih baldi. Margaret O'Donnell memilih pipeline.


Mereka membuat pilihan mereka sendiri.


Sekarang giliran anda untuk membuat keputusan.

21



No comments:

Post a Comment